- Label Buah-buahan Konvensional (Conventional Fruit Labels) - mengandungi empat digit bermula dengan angka 4
- Label Buah-buahan Organik (Organic Fruit Labels) - mengandungi lima digit bermula dengan dengan angka 9
- Buah-buahan Perubahan Genetik (Genetically Modified Fruits-GMO) - bermula dengan dengan angka 8
Pada masa akan datang apabila kita pergi atau mengunjungi kedai yang menjual buah-buahan ambillah sedikit masa meneliti label buah-buahan tersebut. Cubalah kita mengingati nombor-nombor di atas supaya kita dapat mengelakkan diri kita daripada membeli buah-buahan yang bukan organik dan buahan GMO,......membeli belah dengan selamat!
- Jadi sekiranya anda mendapati buah epal dilabelkan sebagai 4922, ia adalah buah epal yang telah ditanam secara konvensional yang telah diracun dan dibaja dengan jenis baja-baja yang memudharatkan.
- Jika di lekatkan dengan label stiker 99222, ianya organik dan selamat di makan.
- Manakala jika label 89222, maka jangan beli ! kerana ianya dari jenis GMO.
No comments:
Post a Comment