Wednesday, June 9, 2010

Ingatan Dahalu Vs Ingatan Sekarang



Dulu selalu kita bertemu dengan poster yang ditampalkan di surau dan masjid - bergambar mayat terkapan dengan kalimah “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan” yang bertujuan untuk menyedarkan serta mengajak kita supaya jangan tinggal kewajiban solat 5 waktu,

Tapi kemarin saya dikejutkan kata rakan yang berkata “ingatan tu dah tak relevan lagi jadi kena tukar”. Saya bertanya “kenapa pulak tak boleh pakai, kan elok tu’. Segera dia jawap “sepatutnya berbunyi begini –
“Sembahyanglah kamu dibelakang Imam sebelum kamu disembahyangkan dihadapan Imam”

Betul juga kata hati saya, sepatutnya KPI solat kita ialah solat berjemaah ikut sunnah Nabi s.a.w. bukan lagi pada takuk lama iaitu solat secara sendirian Barulah ada outcome positif dalam kehidupan kita.

Menurut seorang sahabat sepejabat yang menakalkan kata-kata ustaz mengajar, katanya “kalau kita asyik solat sendiri nanti perumpamaan solat kita dinilai Allah s.w.t macam kita beli buah durian sebiji. Tentulah kita yang nak beli durian sebiji tu akan teliti sungguh, tengok jenisnya, susunan durinya, goncang buah lah, hidu baunya dan lain-lain” ..silap-silap kita reject je kerana tak puas hati.

Tapi perumpamaan solat berjemaah pulak macam kita beli durian selonggok, tentu pelbagai jenis durian kampong, D24.. ada yang kualiti baik, manis, tebal pulak isinya tapi yang buruk-buruk pun masuk sekali dalam pembelian kita tu.

Walaupun ada kualiti solat kita yang berjemaah tidak sama, ada yang khusyuk, ada yang lalai dan alpa namun secara package solat berjemaah itu lebih Allah s.w.t pandang dan terima disamping diberi pula 27 darjat..kan untung. Jadi jom tukar slogan ingatan solat kita kepada yang baru.

No comments:

Post a Comment