Kali ini hendak saya ingin kongsikan sedikit pengalaman dan hikmah sahabat.......berdasarkan perintah Allah s.w.t dalam Al-Quran: Surah Al-Maedah- Ayat 5 berbunyi, " Dan jika kamu berjunub maka mandilah kamu."
Malam tadi ketika duduk-duduk sambil minum teh special tiga rasa dengan teman-teman muncul pulak isu hangat ...betul ke kita ni dah bersuci dari hadas besar dengan cara kita mandi hadas besar selama ini.
Sahabat aku tu mati-mati dia kata, sesiapa nak belajar mandi hadas besar kena belajar mandi jenazah atau mandi mayat secara praktikal. tak cukup sekadar tahu cara-cara mandi mayat atau jenazah. Aik....kenapa pulak gitu lak cara fikir sahabat ni, kadang-kadang jadi binggung lak aku ini.
Semua yang ada terdiam, rasa ingin tahu apa agaknya yang sebenarnya bermain di benak hati sahabat kita ini.
Kata dia "secara praktikalnya bila kita mandikan jenazah atau mayat, kita akan pastikan betul niat kita mandikan mayat, juga tiada ada sesuatu atas permukaan kulit yang menghalang air dari sampai padanya , dan yang pentingnya semua rongga terbuka di seluruh badan kita tu di sampaikan air seperti rongga hidung, telinga, pusat, dubur, kemaluan, rekahan kulit kaki dan sebagainya. Inilah yang jadi kelalaian kita sewaktu mandi hadas besar kerana ambil mudah.
Jadi siapa nak pandai dan betul cara mandi hadas besar, eloklah ambil peluang mandi mayat baru kita supaya kita dapat iktibar dalam mandi hadas besar secara praktikal. Kerana kita dulu waktu belajar kaifiat mandi hadas besar kat sekolah ke, dalam pengajian di surau/masjid ke atau di pondok kesemuanya teori je atau praktikal kering tak basah pun badan".
Maka kita pun pratikalkan je sepanjang hidup kita tanpa ada second look atau ulangkaji amalan....jadi jom kita praktik sedikit teknik mandi mayat supaya betul teknik mandi kita...wasalam.
No comments:
Post a Comment