Friday, June 11, 2010

Mencuci Hati





Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.





Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat

Thursday, June 10, 2010

Petua Membeli Buah-Buahan yang Selamat





  1. Label Buah-buahan Konvensional (Conventional Fruit Labels) - mengandungi empat digit bermula dengan angka 4


  2. Label Buah-buahan Organik (Organic Fruit Labels) - mengandungi lima digit bermula dengan dengan angka 9

  3. Buah-buahan Perubahan Genetik (Genetically Modified Fruits-GMO) - bermula dengan dengan angka 8


Pada masa akan datang apabila kita pergi atau mengunjungi kedai yang menjual buah-buahan ambillah sedikit masa meneliti label buah-buahan tersebut. Cubalah kita mengingati nombor-nombor di atas supaya kita dapat mengelakkan diri kita daripada membeli buah-buahan yang bukan organik dan buahan GMO,......membeli belah dengan selamat!




  • Jadi sekiranya anda mendapati buah epal dilabelkan sebagai 4922, ia adalah buah epal yang telah ditanam secara konvensional yang telah diracun dan dibaja dengan jenis baja-baja yang memudharatkan.



  • Jika di lekatkan dengan label stiker 99222, ianya organik dan selamat di makan.



  • Manakala jika label 89222, maka jangan beli ! kerana ianya dari jenis GMO.


Wednesday, June 9, 2010

Ingatan Dahalu Vs Ingatan Sekarang



Dulu selalu kita bertemu dengan poster yang ditampalkan di surau dan masjid - bergambar mayat terkapan dengan kalimah “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan” yang bertujuan untuk menyedarkan serta mengajak kita supaya jangan tinggal kewajiban solat 5 waktu,

Tapi kemarin saya dikejutkan kata rakan yang berkata “ingatan tu dah tak relevan lagi jadi kena tukar”. Saya bertanya “kenapa pulak tak boleh pakai, kan elok tu’. Segera dia jawap “sepatutnya berbunyi begini –
“Sembahyanglah kamu dibelakang Imam sebelum kamu disembahyangkan dihadapan Imam”

Betul juga kata hati saya, sepatutnya KPI solat kita ialah solat berjemaah ikut sunnah Nabi s.a.w. bukan lagi pada takuk lama iaitu solat secara sendirian Barulah ada outcome positif dalam kehidupan kita.

Menurut seorang sahabat sepejabat yang menakalkan kata-kata ustaz mengajar, katanya “kalau kita asyik solat sendiri nanti perumpamaan solat kita dinilai Allah s.w.t macam kita beli buah durian sebiji. Tentulah kita yang nak beli durian sebiji tu akan teliti sungguh, tengok jenisnya, susunan durinya, goncang buah lah, hidu baunya dan lain-lain” ..silap-silap kita reject je kerana tak puas hati.

Tapi perumpamaan solat berjemaah pulak macam kita beli durian selonggok, tentu pelbagai jenis durian kampong, D24.. ada yang kualiti baik, manis, tebal pulak isinya tapi yang buruk-buruk pun masuk sekali dalam pembelian kita tu.

Walaupun ada kualiti solat kita yang berjemaah tidak sama, ada yang khusyuk, ada yang lalai dan alpa namun secara package solat berjemaah itu lebih Allah s.w.t pandang dan terima disamping diberi pula 27 darjat..kan untung. Jadi jom tukar slogan ingatan solat kita kepada yang baru.

Kaedah Mandi Mayat VS Mandi Hadas Besar




Kali ini hendak saya ingin kongsikan sedikit pengalaman dan hikmah sahabat.......berdasarkan perintah Allah s.w.t dalam Al-Quran: Surah Al-Maedah- Ayat 5 berbunyi, " Dan jika kamu berjunub maka mandilah kamu."

Malam tadi ketika duduk-duduk sambil minum teh special tiga rasa dengan teman-teman muncul pulak isu hangat ...betul ke kita ni dah bersuci dari hadas besar dengan cara kita mandi hadas besar selama ini.

Sahabat aku tu mati-mati dia kata, sesiapa nak belajar mandi hadas besar kena belajar mandi jenazah atau mandi mayat secara praktikal. tak cukup sekadar tahu cara-cara mandi mayat atau jenazah. Aik....kenapa pulak gitu lak cara fikir sahabat ni, kadang-kadang jadi binggung lak aku ini.

Semua yang ada terdiam, rasa ingin tahu apa agaknya yang sebenarnya bermain di benak hati sahabat kita ini.

Kata dia "secara praktikalnya bila kita mandikan jenazah atau mayat, kita akan pastikan betul niat kita mandikan mayat, juga tiada ada sesuatu atas permukaan kulit yang menghalang air dari sampai padanya , dan yang pentingnya semua rongga terbuka di seluruh badan kita tu di sampaikan air seperti rongga hidung, telinga, pusat, dubur, kemaluan, rekahan kulit kaki dan sebagainya. Inilah yang jadi kelalaian kita sewaktu mandi hadas besar kerana ambil mudah.

Jadi siapa nak pandai dan betul cara mandi hadas besar, eloklah ambil peluang mandi mayat baru kita supaya kita dapat iktibar dalam mandi hadas besar secara praktikal. Kerana kita dulu waktu belajar kaifiat mandi hadas besar kat sekolah ke, dalam pengajian di surau/masjid ke atau di pondok kesemuanya teori je atau praktikal kering tak basah pun badan".

Maka kita pun pratikalkan je sepanjang hidup kita tanpa ada second look atau ulangkaji amalan....jadi jom kita praktik sedikit teknik mandi mayat supaya betul teknik mandi kita...wasalam.

Tuesday, June 8, 2010

Rasa Hati Gaza

Bersama ini saya lampirkan satu email yang dihantarkan pagi tadi tentang kekejaman terhadap Islam dan kemanusiaan untuk tatapan semua...Al-Fatihah






Baca dan baca lagi utk renungan kita bersama...
Salam,


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!
Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..
Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...
Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

CIUM ANAK DAPAT PAHALA




Cium anak sendiri ya - bukan cium anak dara orang...

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.



Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.



Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.



Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi pulatidak akan disayangi."



Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.




Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? " Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."



Wallahualam bissawab