Oleh : Syeikh Habib
Segala puji dan puja kepada Allah yang tiada putus-putus mengurniakan nikmat dan rahmat kepada hamba-hambaNya. Dan sentiasa didalam keadaan melihat serta lemah lembaut terhadap hamba-hambaNya, serta mengasihi pula hamba-hambaNya yang melakukan kebaikan dan amat tidak menyukai kepada hamba-hambaNya yang hidup di dalam kelalaian dan melakukan maksiatan.

Selawat dan salam keatas nabi junjungan Muhammad s.a.w, penyejuk mata kita, kekasih kita dan ruh kita.
Ketahuilah wahai para murid yang menuju jalan kepada Allah, di dalam ilmu tasawuf dan tareqah, mujahadah dan riyadhah adalah dua perkara yang penting yang boleh dikatakan sebagai dasar atau rukun di dalam melalui perjalanan ke hadrat Allah s.w.t.
Mula-mula kita memerhatikan erti kedua istilah yang tersebut di sisi ahli tasawuf.
1. MUJAHADAH – Ertinya berjuang atau melawan hawa nafsu, melawan kehendak hawa nafsu jahat yang menghalangi seseorang murid itu serta godaan dan bisikan syaitan, melawan dan meninggalkan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan seseorang murid itu kedalam kelalaian dan kemaksiatan serta jauh daripada Allah Azza Wa Jalla.
2. RIYADHAH – Ertinya latihan atau melatih diri dan hawa nafsu supaya tunduk di dalam melakukan wirid zikir tareqah dan ibadah-ibadah yang lain supaya menjadi suatu kelaziman bagi diri seseorang murid di dalam melakukan ketaatan serta menjauhi kemaksiatan walaupun ada masanya di dalam melakukan riyadhah ini hawa nafsu seseorang murid tiada langsung merasai manis dan lazat dalam melakukan ibadah.
Begitulah pengertian mujahadah dan riyadhah secara dasarnya untuk menambahkan lagi kefahaman bagi para murid mengenai dua perkara yang disebutkan ini. Di dalam Al-Quran disebutkan firman Allah mengenai perkara mujahadah yang bermaksud:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا
Ertinya:
“Dan orang-orang yang bermujahadah untuk (mencari keredhaan) KAMI, benar-benar akan KAMI tunjukkan kepada mereka jalan-jalan KAMI.” (Surah Al-Ankabut 69)
Sebagai orang Islam kita disarankan oleh Allah dan RasulNya supaya bermujahadah untuk mencapai kebaikan dan kemenangan, kerana kebaikan dan kemenangan tidak akan datang percuma begitu sahaja, apatah lagi jika seseorang murid yang melalui jalan ubudiah dan mekrifahnya kepada Allah, terlebih lagi ditekankan ke atas mereka itu (murid-murid). Seperti mana yang telah dimuafakatkan oleh para masyaikh ahli tasawuf dan tareqah yang menghukumkan wajib bari para murid itu melakukan mujahadah dan riyadhah di dalam perjalanannya menuju Allah.
Tetapi yang berlaku pada dunia hari ini kebanyakan orang-orang Islam dan murid-murid yang menjalani tasawuf dan tareqah tiada menitik beratkan perkara ini, mungkin kerana kejahilan atai tiada mempunyai ilmu dan kefahaman mengenai perkara ini. Sedangkan perkara yang disebutkan ini semua sumbernya jelas digali daripada Al-Quran dan Al-Hadith dan juga dari kitab-kitab para alim ulama’ yang zuhud dan wara’ lagi tergolong daripada aulia’ Allah, kerana itulah orang-orang Islam dan para murid yang menjalani jalan Allah tiada mendapat apa-apa kejayaan di dunia dan mungkin juga di akhirat kelak.

No comments:
Post a Comment